Tips Shopping di USA (Malay)

Malam cuti raya ni, Jay nak share apa jenis-jenis barang yang berbaloi anda beli terus dari USA. Jika anda pandai memilih, anda mungkin boleh buat pendapatan sampingan yang lumayan. Ini kerana tidak ramai penjual menjual barangan dari USA, banyak dari China sahaja.

Anda mungkin tidak berpengalaman membeli barang dari USA, tapi kami akan memberikan khidmat nasihat secara percuma dengan setiap order anda. Kami akan menasihati jika kami boleh dapati barang yang sama pada harga lebih murah. Atau kami boleh menasihati anda bagaimana anda boleh mengelak membayar caj tambahan seperti US ground shipping, US sales tax dan sebagainya. (Jika ada) Semua penjimatan itu akan kami pulangkan kepada anda. Kami akan menggunakan duit anda seperti duit kami dan kami faham jika semua dari kita tidak suka membeli barang sama pada harga yang lebih tinggi!

  1. Jenama premium berasal dari USA. Lihat kepada homebrand seperti Ralph Lauren, Coach, GAP atau barangan made in USA seperti “Levi’s made in USA” jeans. Handbag beharga seribu lebih mungkin boleh didapati dengan harga ratus ringgit sahaja.
  2. Tidak ada dijual di Malaysia. Untuk yang sukakan kelainan!
  3. Keluaran terbaru. Jika ianya barangan keluaran terkini, ianya pasti dijual di USA dahulu berbanding negara lain. Bayangkan mainan dari siri kartun terbaru atau mainan LEGO terbaru yang mungkin mangambil masa beberapa tahun untuk masuk ke pasaran Malaysia.
  4. Hanya dijual di USA. Jika anda selalu shopping online di USA, anda akan jumpa notis seperti “hanya dijual di Ray-ban.com”, “Online exclusive“, “Not offer in store” dan lain-lain. Ini adalah keluaran exclusive seperti warna dan pattern tertentu yang hanya boleh didapati disana sahaja.
  5. Barang yang tidak terlalu besar dan berat. Kos mengimport barangan dari USA adalah jauh lebih tinggi berbanding barangan China. Ini kerana lokasi USA  adalah sangat jauh dari Malaysia. Anggaran kos penghantaran untuk 1 lbs (450 gram) = RM38, 2 lbs (900 gram) = RM65 dan seterusnya.
  6. Kosmetik.  Heaven!
  7. Barangan premium terpakai (second hand). Anda akan jumpa banyak barang “like new” pada harga tak munasabah seperti full-leather handbag Coach pada harga kurang $25 atau kasut kerja lelaki dari kulit jenama Salvatore Ferragamo pada harga $40 (Malaysia beribu nak…). Ini kerana kuasa membeli rakyat USA sangat tinggi dan rakyat mereka yang ramai (320j orang).
  8. Barangan terhad atau Collector item – Anda akan dapati ramai orang mempunyai hobi pelik seperti anda.

Barang yang mungkin LEBIH MAHAL jika anda beli dari USA*
  1. Pinggan Corelle – Kos transit international untuk 16-pcs set adalah sekitar RM260 untuk berat 10 lbs.
  2. Sport rim – Kos transit international sekitar RM2000-3000 untuk 4 biji rim bersaiz 15-17 inci.
  3. Stroller – Kos transit international sekitar RM500 untuk stroller berat sekitar 8-10 kg.
  4. Barangan yang boleh anda dapati di Malaysia dan murah (kurang RM100 harga disini). Anda akan dapati harga barang ditambah kos mengimport jadi lebih tinggi.

* kecuali anda sanggup bayar.


Barang yang TIDAK BOLEH eksport keluar dari USA
  1. Makanan, miniman, ubatan dan supplement.
  2. Barangan kulit dari binatang tertentu seperti buaya, ular, beruang, musang dll.
  3. Tin/tong bertekanan – Spray cat, deodorant jenis spray, spray nyamuk, pemadam api dll.
  4. Barangan tactical/senjata canggih (selalunya harga melebihi $2000) – ITAR regulation.
  5. Binatang dan serangga – hidup atau mati.

Barang yang memerlukan KOS/DOKUMEN TAMBAHAN.
  1. Helmet – perlukan permit dari MITI.
  2. Ubatan – perlu pastikan ada rekod dengan KKM atau sekurangnya ada FDA-approved.
  3. Perfume – perlukan caj tambahan kerana mungkin mengandungi bahan mudah meletup.
  4. Bateri lithium ion – perlukan caj tambahan (bahan mudah meletup).
  5. Cecair – caj tambahan untuk “special handling”.
  6. Barangan besar (Oversize) – Dimensi W+L+D melebihi 200 cm. Ekstra caj sekitar 20-30%.

Barang yang mempunyai DUTI IMPORT yang TINGGI (20-30%)
  1. Bodypart kereta/motor (30%). Komponen enjin (10%-30%).
  2. Perkakas dapur dan meja makan (Kitchen & tableware) – kuali, periuk, pinggan, cawan dll.
  3. Perkakas am dari plastik (plasticware) – seperti Tupperware.

 

Update: 14 Sept. 2016

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *